4. Aliff Aziz
Memulakan kariernya selepas memenangi pertandingan nyanyian Anugerah di Suria pada 2007. Kariernya berkembang di Malaysia dengan beberapa lagu popular, termasuk “Sayang Sayang.”
Aliff berkahwin dengan pelakon Bella Astillah pada 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak, namun hubungan mereka menghadapi pelbagai kontroversi dan cabaran. Aliff dan Bella bercerai pada 2019 berikutan beberapa isu peribadi yang mendapat perhatian media. Namun, mereka rujuk kembali pada 2020.
Kini sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada bulan Jun lalu, Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat. Perceraian ini mendapat perhatian media dan peminat di Malaysia malah di Indonesia.