Menjadi seorang ayah tunggal bukanlah peranan yang mudah, apalagi jika mereka adalah selebriti lelaki yang hidup di bawah sorotan media dan perhatian peminat. Namun kegagalan rumahtangga bukanlah noktah segala-galanya, ratanya selebriti lelaki yang EH! senaraikan ini mengambil pengalaman itu sebagai sesuatu yang positif dan penguat untuk meneruskan kehidupan.
Selebriti lelaki ini telah membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangi kerjaya gemilang sambil menjadi ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Dengan daya tarikan, keperibadian yang hebat dan semangat yang tidak mudah luntur, selebriti single dad ini telah menjadi inspirasi kepada ramai.
Selain cemerlang kejayaan dalam bidang seni, mereka juga mempamerkan kekuatan dan dedikasi yang luar biasa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Bagi mereka, keluarga sentiasa menjadi keutamaan meskipun jadual padat dan cabaran hidup yang tidak henti-henti.
EH! Bariskan sepuluh selebriti yang bergelar single dad, yang hot dan paling penting kuat semangatnya.
1. Kamal Adli
Kamal Adli mula dikenali dalam industri hiburan tanah air sekitar akhir tahun 2000-an selepas penglibatannya dalam beberapa drama televisyen popular yang berjaya melonjakkan namanya sebagai pelakon, termasuk Hingga Jumpa Lagi, Kolestrol vs Cinta dan Abang Long Fadhil. Sejak itu, beliau terus aktif membintangi pelbagai drama dan filem serta dikenali sebagai salah seorang pelakon lelaki versatil di Malaysia.
Kamal Adli berkahwin dengan pelakon dan model, Uqasha Senrose, pada November 2021. Namun, Kamal Adli dilaporkan telah bercerai dengan Uqasha Senrose pada 12 Januari 2026 selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang dilahirkan pada tahun April 2024.

