Memiliki rupa paras yang menawan merupakan satu bonus buat 7 bekas ratu cantik ini kerana kecantikan yang dimiliki itu menjadi tuah buat mereka meneruskan kerjaya.
Walaupun juara ratu cantik ini silih berganti setiap tahun, namun masih ramai di antara mereka yang masih relevan dan berjaya membina kerjaya dan dapat mengekalkan status mereka sebagai figura ternama, bukan sahaja di Malaysia, malah, di persada dunia.