Jika ada satu siri yang paling jadi buah mulut di dunia pada penghujung 2025, jawapannya tak lain tak bukan ‘Heated Rivalry’. Drama bersiri yang dibintangi Hudson Williams bersama Connor Storrie ini diadaptasi daripada novel ‘Game Changer’ yang ditulis oleh Rachel Reid.
Ini tujuh perkara menarik (basics) yang anda perlu tahu tentang pemeran utama Heated Rivalry (ditayangkan di HBO Max, Apple TV, Hulu- Amerika Syarikat), Hudson Williams.
BERDARAH CAMPURAN KOREA
Dari wajahnya dapat ditelah dia mempunyai darah Asia. Hudson berdarah campuran Korea dan British-Duych Canadian. Ibunya adalah orang Korea dan menurut Hudson, ibunya tidak terfikir Hudson akan berjaya dalam bidang perfileman kerana jarang sekali orang berdarah campuran Asia berjaya dengan mudah untuk bidang ini.

WATAK UTAMA PERTAMA – HEATED RIVALRY
Siri Heated Rivalry adalah siri pertama yang meletakkannya sebagai pemeran utama. Dalam temubual bersama majalah Glamour, Hudson memberitahu ibunya adalah orang yang paling teruja tentang tawaran siri ini.
“Ibu saya mahu membaca skrip siri ini kerana inilah kali pertama saya ditawarkan watak utama. Dia menangis.”- Hudson Williams
MULA BERLAKON SEJAK 2024
Brim Reaper, Teresa’s Choice, Peace of Mind, Mrs. Changs Perfect Teeth, Chad GPT, The Dating Game Dan Snow Angel antara projek yang dibintangi Hudson Williams, dan hampir kesemuanya adalah watak kecil yang dipegangnya sejak tahun 2020.
DIA JUGA PENULIS & PENGARAH
Jika dilihat pada profil Hudson di IMDb, dia juga adalah seorang penulis dan pengarah untuk filem pendek. Dia mula menulis dan mengarah sejak tahun 2024.

BERBINTANG AQUARIUS
Hudson Williams dilahirkan pada 13 Februari 2001 di Kamloops, British Columbia, Kanada.
AKTIF SUKAN
Hudson seorang yang aktif dalam sukan sejak kecil. Dia menyertai pasukan bola keranjang dan juga mahir dalam beberapa jenis seni mempertahankan diri.

RATUSAN RIBU PENGIKUT INSTAGRAM DALAM SEBULAN
Pada awal tayangan Heated Rivalry, pengikut Isntagram Hudson Williams hanyalah dalam kiraan puluhan ribu. Namun ratusan ribu mula meneka butang ‘follow’ sebaik siri itu menjadi tular. Setakat artikel ini ditulis, pengikut @hudsonwilliamsofficial sudah mencecah 1.2 juta orang.


