Minggu ini dipenuhi dengan pelbagai perkembangan yang menggemparkan dunia hiburan, daripada berita gembira sehinggalah kontroversi yang hangat diperkatakan.
Daripada berita yang mengejutkan hinggalah momen yang menjadi bualan ramai, minggu ini sememangnya dipenuhi pelbagai perkembangan menarik. EH! himpunkan lapan berita pop culture yang paling mencuri perhatian sepanjang minggu.
Taylor Swift & Travis Kelce Selamat Bergelar Suami Isteri
Selepas tiga tahun menjalin hubungan, Taylor Swift dan Travis Kelce akhirnya selamat bergelar suami isteri pada 3 Julai 2026 dalam sebuah majlis mewah di Madison Square Garden, New York.
Majlis yang dihadiri hampir 1,000 tetamu itu turut mencuri perhatian dengan persalinan khas Christian Dior Haute Couture serta pelbagai detik istimewa yang menjadi bualan hangat.
Influencer Lamar Di Puncak Empire State Building
Dua influencer terkenal, Angela Nikolau dan Ivan “Vanya” Beerkus, mencuri perhatian selepas bertunang di puncak antena Empire State Building di New York pada 1 Julai lalu. Aksi berbahaya itu turut disiarkan secara langsung sebelum mereka mengibarkan sepanduk mesej “When the power of love beats the love of power, the world knows peace”.
Bagaimanapun, detik romantis itu berakhir dengan penahanan apabila kedua-duanya ditahan polis kerana memanjat mercu tanda ikonik tersebut tanpa kebenaran.
Peminat Kecewa Ariana Grande Tunda Konsert
Ariana Grande menunda tiga persembahan Eternal Sunshine di New York dan Boston berikutan masalah teknikal melibatkan produksi pentas.
Walaupun memahami faktor keselamatan, ramai peminat kecewa selepas mengalami kerugian akibat kos perjalanan dan penginapan yang tidak boleh dikembalikan. Ariana turut memohon maaf menerusi Instagram, berterima kasih atas kesabaran peminat dan mengesahkan tiket asal masih sah untuk tarikh baharu.
KATSEYE Jelaskan Isu Hiatus Manon
Ahli KATSEYE menafikan spekulasi bahawa hiatus sementara Manon Bannerman berpunca daripada isu perkauman. Sophia Laforteza dan Lara Raj menjelaskan keputusan itu berkaitan kesihatan Manon, sambil menegaskan hubungan keenam-enam ahli masih kekal erat.
Cardi B Sindir BIA Di BET Awards
Cardi B mencuri perhatian di BET Awards 2026 selepas mempersembahkan lagu sindiran “Pretty & Petty” sambil memaparkan enam trofi BET miliknya di atas pentas. Dia turut menyindir, “Do she even got a BET Award?” sebelum meminta peminat tidak menyerang BIA di media sosial.
Adele Ambil Masa Rehat Dari Dunia Muzik
Selepas tamat siri konsert Weekends with Adele di Las Vegas, Adele mengesahkan bahawa dia kini “tidak banyak menyanyi lagi” dan memilih untuk berehat daripada dunia muzik.
Penyanyi itu mahu meluangkan masa bersama keluarga serta menikmati kehidupan di luar perhatian umum selepas bertahun-tahun aktif membuat persembahan.
Duta AS Sindir Katy Perry
Duta AS ke Belgium, Bill White, mencuri perhatian selepas menyindir Katy Perry ketika acara America250 di Brussels. Dia mengulas mengenai ketidakhadiran penyanyi itu sambil menyindir konsert Perry sebelum ini dibatalkan akibat cuaca buruk.
Katy Perry terpaksa membatalkan persembahan di festival Werchter Boutique atas faktor keselamatan selepas hujan lebat, walaupun terpaksa mengecewakan ribuan peminat yang hadir.
Chris Brown Diarah Bayar $13 Juta
Chris Brown diarahkan membayar hampir $13 juta kepada bekas pekerja rumahnya, Maria Avila, selepas anjing pengawal miliknya menyerang Avila di kediamannya pada 2020. Serangan itu menyebabkan Avila mengalami kecederaan serius termasuk kerosakan saraf dan kehilangan penglihatan.
Baca: Ini Senarai Tetamu A-List Di Perkahwinan Taylor Swift & Travis Kelce
