Red Gerard & Hailey Langland
Atlet papan salji ini menjalin hubungan romantis sejurus sebelum Sukan Olimpik 2018 dan kembali ke temasya sukan pada tahun ini sebagai pasangan kekasih. Red dan Hailey bertemu ketika mereka berusia 12 tahun dan bercinta pada usia 17 tahun, hanya beberapa minggu sebelum Sukan Olimpik di Pyeongchang, Korea bermula. “Saya rasa semua orang menyedarinya kecuali saya sendiri. Saya sering katakan, ‘Tidak, kami terlalu muda. Kami hanya berkawan baik.’ Tetapi ia masuk akal. Walaupun menghabiskan masa bersama setiap hari, kami tidak berasa bosan dengan satu sama lain. Dia insan kegemaran saya,” kata Hailey.