Kim Kardashian & Kanye West
Kim Kardashian membuat keputusan untuk menimang cahaya mata ketiga dan keempat (Chicago dan Psalm) menerusi ibu tumpang setelah menghidap placenta accreta, masalah kesihatan yang boleh membahayakan nyawa. Namun bagi Kim, ia satu perjalanan yang sukar.
“Bagi saya ia lebih sukar kerana tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Sebelum ini saya mampu membawa kandungan sendiri tetapi kini tidak lagi. Ia sesuatu yang sukar buat saya,” katanya pada 2017.