Nicole Kidman & Keith Urban
Anak kedua pelakon ini bersama Keith Urban dilahirkan menerusi ibu tumpang pada 2011. “Keluarga kami sangat bertuah dan bersyukur di atas kelahiran Faith Margaret. Tiada kata-kata yang dapat menzahirkan rasa kesyukuran dan penghargaan kami buat mereka yang memberi sokongan sepanjang proses ini,” kata pasangan itu menerusi satu kenyataan.
