Oleh: Farhana Fuad
Gambar: IME Productions
Sebanyak 80% tiket ke konsert Jelajah Dunia BIGBANG 2015 habis dijual semalam. Pelancaran penjualan tiket kumpulan dari Korea Selatan ini mendapat sambutan hangat di pusat membeli-belah Quill Mall. Yang paling mengejutkan, peminat tegar BIGBANG yang digelar VIP ini sudah mula beratur untuk membeli tiket sejak seminggu lalu.
Bahkan, seramai 6 ribu peminat pula sudah menanti lama untuk mendapatkan tiket di sistem atas talian di laman web TicketCharge.com. Manakala tiket terhad juga boleh didapatkan di laman web tersebut.
Bagi mereka yang memegang tiket untuk Rock Zone A, B dan VIP Cat 1 layak untuk menyertai cabutan bertuah ‘Sound Check Party’ pada 24 Julai nanti. Buat peminat yang masih belum mendapatkan tiket BIGBANG, tiket masih lagi boleh didapati di mana-mana cawangan TicketCharge, IME Productions, Speedy Music Store, Rock Corner, Victoria Music Center dan Neway Karaoke.
Berikut adalah harga tiket ke Konsert Jelajah Dunia BIGBANG.
- Rock Zone A – RM798 (bebas berdiri)
- Rock Zone B – RM 698 (bebas berdiri)
- VIP Cat 1 – RM698 (duduk)
- Cat 2 – RM598 (duduk)
- Cat 3 – RM498 (duduk)
- Cat 4 – RM 288 (duduk)