Noh Salleh
Selepas 11 tahun melayari kehidupan berumah tangga, pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina mengumumkan bahawa mereka kini bergelar ibu dan bapa angkat kepada seorang cahaya mata lelaki.
“Musa adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya.”
Mengakui menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster, Noh dan Nina bersyukur pada setiap saat dan inginkan Musa menjadi cahaya bagi umat.