Akibat tersalah angkat anak bongsunya baru-baru ini ketika bermain dengannya, sakit saraf Aaron Aziz kembali semula.
Aaron kini terpaksa berehat dari kerjaya lakonan seketika pabila disahkan mengalami sakit sarag ‘cervical facet arthritis’ pada bahagian lehernya. Disebabkan sakit tersebut, dia tidak boleh berdiri dan duduk terlalu lama.
Akuinya sebelum ini dia pernah mengalami sakit yang sama ketika mengikuti penggambaran filem Suamiku Encik Perfect 10 serta terpaksa berehat selama lapan bulan dan kini ia kembali menyerang dek kerana tersalah angkat anak bongsunya, Dahlia.
“Saya tersalah angkat dan sakit itu datang semula. Saya sudah ke hospital dan doktor memaklumkan ada saraf terperangkap di celah tulang belakang bahagian leher. Jika berdiri atau duduk selama sejam sakit itu akan datang semula. Selepas baring, barulah saya berasa lega,” ujar Aaron kepada Astro Gempak.
Bahkan, doktor turut menasihatkannya supaya banyakkan berbaring dan tidak mengangkat sebarang item berat. Aaron turut dilarang untuk melakukan senaman lasak buat ketika ini.