Usahawan selebriti, Neelofa mencetuskan spekulasi kehamilan di kalangan peminat dengan penampilan terkininya.
Menerusi sebuah video di TikTok, Neelofa dilihat kerap memegang perutnya yang kelihatan berisi sewaktu memberi ucapan pada sambutan ulang tahun kelahiran pertama putera sulungnya bersama Haris Ismail, Muhammad Bilal.
Perubahan perutnya yang ketara mencuri perhatian netizen yang secara yakinnya mendakwa bekas pengacara Meletop itu kini sedang berbadan dua dan cuba menyembunyikan kehamilannya.