Ini bukanlah andaian pertama peminat mengenai kehamilan kedua Neelofa. Khabar angin yang mengatakan dia berbadan dua tular Disember lalu setelah video yang menunjukkan dia ditolak menggunakan kerusi roda ketika tiba di Brunei dikongsikan di media sosial.
Walaupun spekulasi kehamilannya hangat diperkatakan netizen, bintang berusia 34 tahun itu dan suaminya memilih untuk mengunci mulut sehingga kini.
Bagaimanapun ini bukan perkara baru memandangkan pengasas Naelofar itu turut menyembunyikan kehamilan pertamanya daripada pengetahuan umum tahun lalu sehingga kandungannya berusia sembilan bulan.
Dia selamat melahirkan cahaya matanya pada 29 Januari 2022 sekitar jam tiga petang di sebuah pusat perubatan di ibu negara hanya selepas dua minggu berkongsi berita kehamilannya bersama peminat.
Baca: Makna Istimewa Di Sebalik Nama Putera Sulung Neelofa & Haris