Setelah kecaman demi kecaman diterima, Adam tampil memberi penjelasan menerusi satu hantaran di Instagram.
“Saya hanya mahu menjelaskan tentang insiden yang berlaku di Hollywood Bowl, kala seorang peminat datang memeluk saya di atas pentas.
“Saya sentiasa menyayangi, menghormati dan memuja peminat-peminat kami. Tanpa mereka, kami tidak mempunyai kerjaya. Itulah yang sering saya katakan kepada peminat.
“Memikirkan bahawa orang di luar sana menganggap saya merendah-rendahkan peminat membuatkan saya berpeluh dingin. Saya bukanlah orang sebegitu,” jelasnya.