Dia turut memberi penjelasan mengenai ketelanjurannya mengeluarkan kata-kata kesat kala dipeluk tanpa dia sendiri menyedari.
“Saya benar-benar terkejut. Kadangkala apabila terperanjat, saya perlu legakan diri daripada rasa terkejut dan terus membuat persembahan, kerana saya sedang menjalankan tugas sebagai penyanyi ketika itu.
“Jadi saya perlu menjelaskan apa yang ada di dalam hati saya – iaitu perhubungan yang wujud antara kumpulan yang sedang membuat persembahan di atas pentas dengan para peminat,” tambahnya yang memohon agar peminat memahami situasi yang dilaluinya.
Foto: Getty Images