Oleh: Farhana Fuad
Gambar: washingtonpost
Adele menang besar di anugerah BRIT yang berlangsung cukup meriah di London semalam. Berjaya membolot empat trofi termasuklah anugerah Artis Wanita British Terbaik, Single Terbaik dengan lagu Hello, Album Terbaik dengan album ’25’, dan sekaligus merangkul trofi Global Success Award.
Adele diberi kesempatan untuk berucap ringkas dan menyatakan ucapan terima kasih kepada peminat-peminat yang tidak henti menyokong karier dan lagu-lagunya.
Vokalis hebat ini turut menggunakan kesempatan itu untuk secara umumnya menyokong Kesha yang sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat menghentikan kontraknya dengan Sony Music secara tiba-tiba, berikutan dakwaan yang dirinya telah dirogol oleh produser, Dr. Luke.
Penghormatan terakhir buat mendiang David Bowie juga diadakan ketika acara itu berlangsung. Bowie meninggal akibat kanser Januari lalu sejurus selepas melancarkan album terakhirnya yang berjudul ‘Blackstar’.
Penyanyi Annie Lenoux memberikan gelaran buat mendiang Bowie sebagai pemenang Anugerah Ikon di BRIT. Seorang contoh unggul berwawasan dan pemecah budaya.
Ahli kumpulan Lennox mementaskan lagu medley dari senarai lagu yang diminati mendiang Bowie dan bintang Lorde turut tampil ke pentas untuk memberikan penghormatan buat Bowie dengan persembahan yang cukup beremosi dengan diakhiri lagu Bowie ‘Life on Mars’.
EH! kongsikan senarai penuh pemenang anugerah BRIT 2016 di bawah.
Artis Lelaki British Solo
James Bay
Artis Wanita British Solo
Adele
Kumpulan British
Coldplay
Persembahan British Cemerlang
Catfish & the Bottlemen
Pengkritik Pilihan
Jack Garratt
British Single
Adele, “Hello”
Album Tahunan British MasterCard
Adele, ’25’
Produser British Tahunan
Charlie Andrew
Video Artis British Tahunan
One Direction, “Drag Me Down”
Artis Lelaki Solo Antarabangsa
Justin Bieber
Artis Wanita Solo Antarabangsa
Björk
Kumpulan Antarabangsa
Tame Impala