Jika sebelum ini kecoh di laman sosial akan tindakan Uqasha Senrose membuat keputusan untuk membuka tudung setelah beberapa tahun mengenakan hijab, kini adik kepada selebriti terkenal Neelofa, iaitu Ameera Khan pula mengambil langkah yang sama.
Sebelum ini adik perempuan kepada Neelofa sememangnya dikenali dengan imej seorang gadis bertudung, tetapi kini tidak lagi. Menerusi akaun Instagram milik Ameera, semenjak beberapa hari ini dia telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang tidak lagi mengenakan tudung.
Biarpun bukan selebriti, namun wajah Ameera cukup dikenali di Instagram, dia salah seorang Instafamous yang punya ramai pengikut. Sebagai adik seorang selebriti, sememangnya dia tidak dapat lari dari menjadi perhatian pengguna laman sosial.
Tambah pula sebelum ini Ameera pernah menjadi bualan ramai netizen kerana pendapatnya mengenai pendidikan sekolah di negara kita ini yang rata-ratanya menghentam akan kenyataannya itu.
Dengan keputusan terkininya iaitu membuka tudung di laman sosial yang mana sekarang ini dia sudah mempunyai hampir 480,000 pengikut semestinya menjadi perhatian ramai. Buat masa kini, masih tidak diketahui akan sebab keputusan Ameera untuk tidak lagi memakai tudung.