Pabila adik lelaki kepada Song Ji Hyo pula bakal ikuti jejak langkah kakaknya dengan menceburi bidang lakonan, pastinya ramai yang tidak sabar menantikan kemunculannya.
Chung Sung Moon dikatakan sekarang ini sedang melalui tempoh percubaan dengan menjadi pelakon pelatih. Dia kini turut sama bernaung di bawah syarikat yang sama menguruskan kakaknya iaitu MY Company.
Rata-rata peminat kepada kakaknya turut menyuarakan rasa tidak sabar untuk melihat lakonan adiknya itu. Bahkan ada yang meminta supaya pihak Running Man menjemput Chun Sung Moon ke program tersebut sebagai artis jemputan.
Sebelum ini, Song Ji Hyo pernah menampilkan adiknya di dalam siri program Running Man serta penjelajahan program tersebut.