Adira Suhaimi sudah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada Sabtu lalu.
Penyanyi popular ini melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.2 kilogram di sebuah hospital swasta. Dikatakan yang Adira telah memilih nama buat anak sulungnya itu dengan nama Anggrek.
Khabarnya dia memerlukan berehat kerana masih lemah serta sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab barunya.
“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan saya dan bayi. Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas itu,” katanya kepada BH Online.
Datuk Red turut memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram nya yang mana menunjukkan maklumat kelahiran bayi pertamanya itu. Dalam masa yang sama, kakak kepada Adira iaitu Emma Suhaimi juga memuat naik gambar bayi sulung kakaknya itu dengan kapsyen gembira akan berita tersebut.
Tahniah buat Adira dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu. Semoga anak yang dikurniakan ini membawa lebih kebahagiaan ke dalam rumah tangga.