Filem Adiwiraku yang melakar penjalanan sekumpulan pelajar bersama guru mereka yang berusaha gigih menyertai pertandingan choral speaking telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM29) hujung minggu lalu.
Kisah yang menyelami warna-warni dunia pendidikan di sebuah sekolah luar bandar telah mengalahkan barisan filem besar yang tidak kurang hebatnya sebagai calon filem terbaik iaitu Redha, Hanyut, Desolasi dan Interchange.
Majlis anugerah berprestij yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu turut menyaksikan filem Abang Long Fadil 2 pula merangkul Anugerah Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak 17.3 juta.
Dihadiri oleh ramai penggiat perfileman tanahair dari pelbagai lapisan, acara gemilang itu memilih Zizan Razak selaku pengacara berserta dengan tiga pengacara bersama iaitu Elizad Sharifuddin, Thanuja Ananthan dan Elizabeth Tan. Namun, ada beberapa perkara yang masih menjadi bualan hangat kerana seloroh Zizan kurang digemari oleh sesetengah pihak mahupun beberapa aspek persembahannya sebagai pengacara yang mengundang kritikan.
Namun, rata-rata orang filem, media serta peminat perfileman berpuas hati dengan keputusan kali ini dan gembira sebuah karya yang dihasilkan atas semangat kenegaraan serta muhibbah menjadi wira tersendiri. Begitu juga dengan barisan pemenang yang datang dari pelbagai latar dinilai dai aspek bakat mereka yang berjaya mengangkat dunia filem kita ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang. Tahniah buat semua pemenang!
Berikut adalah keputusan penuh FFM29:
FILEM TERBAIK
Adiwiraku – Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd
PENGARAH TERBAIK
Dain Iskandar Said – Interchange
PELAKON LELAKI TERBAIK
Namron – Redha
PELAKON WANITA TERBAIK
Sanggeta Krishnasamy – Adiwiraku
Shaheizy Sam – Interchange
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Diana Danielle – Hanyut
PELAKON LELAKI HARAPAN
John Tan – You Mean The World To Me
PELAKON WANITA HARAPAN
June Lojong – Redha
PENGARAH HARAPAN
Tunku Mona Riza – Redha
LAKON LAYAR TERBAIK
Saw Teong Hin – You Mean The World To Me
PELAKON KANAK – KANAK TERBAIK
Harith Haziq – Redha
CERITA ASAL TERBAIK
Jason Chong – Adiwiraku
Abang Long Fadil 2 : (17.3 juta kutipan) – Skop Production / Astro Shaw
KOSTUM / BUSANA TERBAIK
Akma Suriati Awang – Hanyut
PENATAAN BUNYI TERBAIK
Daniel – Hanyut
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Jordan Chiam – Interchange
PENYUNTING TERBAIK
Nazim Shah – J Revolusi
PENATAAN SENI TERBAIK
Zahirah Nakibullah – Interchange
SKOR MUZIK TERBAIK
David Koon – You Mean The World To Me
ANUGERAH KHAS JURI
Desolasi (kesan khas visual) – Skop Production
Shuttle Life (kesedaran sosial) – MM2 Entertainment & More Entertainment
Pekak (kupasan isu najis dadah) – Primework Studio Sdn Bhd
ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR
Johan Arifin Ibrahim
ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
Datuk Yusof Haslam