Aedy Ashraf Jejaka Istimewa Dalam Hidup Amelia Henderson
Sama seperti Aedy, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson turut menitipkan doa agar hubungan mereka sentiasa berkekalan sampai bila-bila.
Mengakui Aedy Ashraf adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya kini, Amelia berkata dia akan sentiasa menjadi peminat terbesar aktor itu dan sempat berkongsi beberapa keistimewaan Aedy di matanya.
“Aedy sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya sentiasa ada untuknya. Sama ada kami berkomunikasi atau tidak, bila dia perlukan apa-apa, saya akan sentiasa ada untuknya, begitu juga dia. Aedy seorang kawan yang sangat baik dan bijak. Tak tahu nak cakap apa, tetapi ini perkara peribadi. Saya rasa lebih baik kita simpan untuk diri sendiri buat masa sekarang.”
Pasangan itu mula menjalin hubungan cinta sewaktu digandingkan bersama dalam drama Kisah Cinta Kita yang disiarkan pada November 2021. Empat bulan kemudian Aedy melutut dan melamar Amelia menjadi kekasihnya secara terbuka di sebuah festival makanan. Bagaimanapun hubungan mereka tidak kesampaian apabila masing-masing memberi gambaran telah berpisah pada Julai 2022.
Baca: “Saya Mahu Dikenali Kerana Bakat Bukan Kerana Benda-benda Remeh.”- Aedy Ashraf