Kolaborasi Pertama Afgan Bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
Afgan sempat meluahkan rasa teruja kerana berpeluang menjalin kerjasama dengan orkestra tanah air yang berpusat di Kuala Lumpur itu buat julung kalinya.
“Apa yang boleh saya katakan, untuk Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra ini, ia sesuatu yang cukup berkesan kerana buat kali pertama saya bekerjasama dengan pemuzik daripada MPO. Apabila dimaklumkan mereka bersetuju untuk menjayakan konsert ini, saya katakan kepada diri sendiri: ‘Ini sesuatu yang hebat!’”.
Berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra bakal menyaksikan penyanyi itu mendendangkan lagu-lagu popularnya. Beberapa penyanyi juga akan dijemput untuk menghiburkan penonton di mana senarainya akan diumumkan kelak. Tiket konsert ini bakal dijual di golive-asia.com bermula 5 Julai ini. Harga bermula dari RM258 (Bawalah Cintaku), RM298 (M.I.A), RM338 (Knock Me Out), RM588 (Heaven), RM888 (Lenggang Puspita), RM998 (Panah Asmara) hingga RM1,488 (Lestari Merdu).
Baca: Joe Flizzow Tampil Dengan Konsert Sulung Berkonsep Intimate