Pelantun lagu If I Don’t Have Your Love itu turut berkongsi aktiviti yang dilakukannya di rumah untuk mengekalkan kecergasan tubuh demi melawan virus ini.
“Beginilah cara saya kekal cergas ketika kuarantin kendiri, hanya lakukan rutin senaman yang mudah. Buat anda yang menghidap Covid-19 tanpa simptom seperti saya, lakukan aktiviti yang ringan jika mahu bersenam. Kita hanya mahu meningkatkan endorfin, bukan memudaratkan diri,” katanya.
Afgan turut memberi pesanan kepada 4.5 juta pengikutnya di Instagram untuk terus menjaga kesihatan diri dan kuat menghadapi ujian ini.