Pelantun lagu Semalam, Aina Abdul mencipta sejarah apabila muncul sebagai tetamu dalam sebuah program hiburan Korea Selatan dua hari lalu.
Aina turut memuat naik sedutan rancangan Simply Kpop Con-Tour yang ditayangkan menerusi stesen Arirang TV di Instagram miliknya.
Video berdurasi hampir enam minit itu menyaksikan Aina ditemu bual oleh dua pengacara, Kevin dan Jacob daripada kumpulan The Boyz.
