Penyanyi ini meluahkan keterujaanya kerana dijemput menjadi tetamu undangan atas talian dalam rancangan kegemarannya itu.
“Saya berasa sangat teruja kerana saya telah lama menonton rancangan ini. Apabila dijemput untuk sesi wawancara, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan,” ujarnya.
Kevin dan Jacob juga sempat mencungkil minat Aina dalam dunia K-Pop dan bertanya siapakah penyanyi kegemarannya.
