Penyanyi ini turut diberikan peluang untuk mempromosikan lagu baharunya, Sepi dalam versi Korea. Lagu ini mendapat sambutan hangat daripada peminat K-Pop selepas tular di media sosial.
Selain Aina, artis Malaysia yang turut dijemput sebagai tetamu undangan rancangan itu adalah Elizabeth Tan, Andrew Tan dan Dior.
Program Simply Kpop Con-Tour sebelum ini pernah menemu bual beberapa bintang terkenal daripada negara jiran iaitu Thailand, Vietnam dan Filipina.