Aisha Retno, bintang pop utama generasi kini. Dia boleh saya simpulkan sebagai salah seorang ‘main character’ dalam gelanggang muzik kita hari ini. Bakatnya bukan sahaja sebagai penyanyi di atas pentas, malah hebat juga sebagai penulis dan penerbit lagu di studio.
“Bids, tadi Bong buat guasha kat muka I. Terus I rasa fresh babe,” kata Aisha bila saya masuk ke bilik solek. “Sakit kan?,” balas saya. “Sakit tapi best,” sahutnya. Pagi itu kami berkumpul di studio jam lapan pagi, kerana Aisha ada latihan teater jam 2 petang. Perjalanan dari studio di Cheras ke studio latihan di Kota Damansara mengambil masa satu jam. Jadi, kami cuma ada lima jam untuk melunaskan semua yang dirancang untuk penggambaran ini.
Malah temubual ini berlangsung menerusi ganggang telefon saja. Kami berbual saat dia menghala ke rumah usai latihan tetaer Puteri Gunung Ledang yang berlarutan sampai ke jam 10 malam.
Nama Aisha Retno mula diberi perhatian saat muncul di dalam program ‘Vokal Mania’ di saat kita masih berada di dalam fasa Covid19. Kemudian menyambung kecemerlangan aksi pentasnya di ‘Big Stage’.
Lagu demi lagu dilancarkan, dan ‘Sutera’ ternyata membuat nama Aisha Retno lebih mesra di pasaran massa sebaik kejayaan lagu itu di Anugerah Juara Lagu. Tahun ini ternyata menjadi tahun paling manis, namanya semakin mengharum lewat sambutan luar biasa kepada lagu ‘Jodoh Lebaran’. Lagu itu ditakrifkan sebagai lagu ‘lagu raya of the year’.
Kemudian Aisha mencipta kejutan apabila namanya diumumkan sebagai pemeran watak Gusti Putri bagi pementasan teater muzikal ikonik negara, Puteri Gunung Ledang. Kejayaan berterusn dengan kecemerlangannya di pentas AJL sekali lagi, menerusi ‘Tak Adil’, karya penanya bersama adiknya, RADi. Ikuti temubual saya bersama pelantun yang mengecap kemasyhuran menerusi ‘W.H.U.T’ ini.

Apa current state of mind Aisha?
So far at peace and joy.
Tahun 2026 berlangsung baik, dari kegemilangan ‘Jodoh Lebaran’, kemudian kejayaan di AJL dan dipilih sebagai bintang utama PGL. Apa perasaannya bila melihat kejayaan demi kejayaan ini?
Alhamdulillah. I feel like overall it’s overwhelming in a good way. It’s just the matter of how you compose all of them in your life. Setakat ini semuanya berlangsung baik dan boleh diterima.
Dalam masa yang sama juga banyak yang saya masih belajar. Apa saja rezeki yang saya terima dari Allah bukan saja satu rezeki malah satu cabaran untuk saya menjadi seorang yang lebih baik, melakukan sesuatu dengan lebih baik, belajar dan terus merendah diri. Bagi saya inilah life point bila-bila saya menerima apa jua bentuk rezeki dan peluang.
Kecemerlangan tahun ini tentunya menggembirakan, tapi apa yang membimbangkan atau menambah tekanan?
I would say both because actually the thing that I’m worrying, the pressure is most of them is regarding my health. Baik fizikal mahupun mental.
Bagaimana saya mengawal dan mengurus masa. Kerana waktu terus berjalan. Ada banyak hal yang mahu saya lakukan. But there’s also too many things that I need to compose, to align. So it’s, I think it’s just a matter of having a really compact team around you who will help to coordinate your life as a whole.
Okey, bagaimana Aisha menjaga kesihatan mental?
Have less screen time towards social media is very important nowadays. Especially now that we are exposed with a lot of social media platforms. Kita ada TikTok, Instagram dan yang trending sekarang, Threads.
Lesser screen time juga penting untuk kita ada lebih banyak masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Talking it out just to make sure that your mental health is at peace. Yeah!
Bagaimana pula dengan kesihatan fizikal? Masih punya masa ke pilates di sebalik kesibukan?
Buat masa ini aktiviti kecergasan ditangguhkan sejak AJL hari itu. Tapi semuanya digantikan dengan rutin kerja yang juga berbentuk fizikal seperti latihan tarian.
Untuk Puteri Gunung Ledang setiap latihan akan dimulakan dengan sesi yoga. Jadi rutin sebegini adalah pengganti kepada aktiviti yang dah biasa saya lakukan seperti pilates dan berenang.
I have no time to fulfill those at the moment. So I need to make sure it’s still doable, tapi dengan aktiviti fizikal yang berbezalah macam yang sebutkan tadi.

Tiket PGL habis terjual dalam beberapa jam, ini tentunya satu kejayaan bagi team PGL termasuk Aisha sendiri. Adakah ini menambah tekanan Aisha menjelang hari persembahan?
Sejujurnya, ya! Definitely a pressure in a good way. Tapi dalam masa yang sama ini adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan kerana ini adalah kemunculan sulung saya untuk teater muzikal.
Jadi bila orang semua dah beli tiket, tugas saya adalah untuk memenuhi expectation mereka yang datang, and be consistent throughout the training. Ia memerlukan komitmen yang tinggi.
Berapa peratus rasanya Aisha sudah bersedia setakat ini?
Oh, I would say a solid forty percent buat masa sekarang. To be real, yeah. Setakat ini sudah dua minggu kami berkumpul dan berlatih. It’s still very fresh getting to know the script and everything. So I would say it’s also a solid equal forty percent.
Bila sudah dikenali, kemudian disukai, maka akan datang expectation. Adakah expectation menakutkan? Adakah ini juga menambah tekanan dalam tiap tindak tanduk Aisha?
Semestinya. I would say a pressure, a different kind of pressure to me sebab secara tak langsung orang dah kenal, orang kata macam all eyes on you now kan. Macam apa saja kita buat, sikit-sikit saja kita buat, diperhatikan kan. Kadang-kadang kita pergi mana-mana, contoh kita pergi shopping mall, tak bersiap pun, akan ada orang ajak bergambar. So to me, just always be ready mentally and physically because Allah dah berikan rezeki dan dalam masa yang sama ada cabarannya.
Aisha perlu bersedia dengan apa saja yang orang akan cakap tentang Aisha. Yang penting adalah bagaimana cara kita membawa diri. Macam mana kita mempersembahkan hasil kerja kita. Kesimpulannya, perlu ada rasa hati-hati. All the steps that you are taking tu kena fikir dua tiga kali sebelum kita buat.
Bagaimana dengan expectation dari segi karier. Sebagai contoh, tahun ini ‘Jodoh Lebaran’ sangat berjaya, mungkin akan expectation untuk lagu Raya yang lebih best. Sama juga dengan kejayaan di AJL. Adakah sebarang tekanan pada expectation ini?
Memang ada pressure itu. My latest release ialah ‘Cinta DI Akhir Garisan 2.0’ bersama Marsha, Adira dan Nadeera. Kami melihat pelbagai reaksi. So I feel macam dengan setiap lagu yang I release sekarang I feel like attention tu semakin besar. Sebab orang expect more and more and more. Jadi pelbagai kritikan dan juga pujian kita ambil baik.
So moving forward, jika I nak keluarkan lagu, orang kata bahasa kasarnya takkan ada istilah syok sendiri. Kita kena sentiasa ambil kira pendapat orang. Walaupun kita ada rasa kita nak melontarkan karya kita sendiri berdasarkan apa yang kita suka, tapi ia perlu meet in the middle because right now we belong to the mass market, I would say.
So if we belong to the mass market we need to fulfill the product that we put out for the buyers.

Jadi, bila lagu solo baru akan dilancarkan?
Setakat ini I dah tease tease a bit memandangkan ini adalah pasca daripada AJL. Jadi buat masa ini kita berikan dulu ‘Tak Adil’ versi AJL. Selepas tu Insya-Allah dalam bulan yang sama juga I akan keluarkan satu naskhah lagu tradisional.
Insya-Allah juga, ada rezeki penghujung November atau Disember kita akan habiskan kesemua lagu untuk album ‘Rehab’.
Aisha pernah berada di bawah label, pernah juga diurus orang lain dan hari ini keluarga menjadi tulang belakang utama. Berdasarkan pengalaman, apa pro dan kontranya diuruskan keluarga? Bagaimana mengasingkan antara personal dengan kerja?
Actually that’s a very good question. Sebab kalau you tanya I, secara peribadinya I think my family still trying to meet the balance of that, antara kehidupan peribadi dan juga family business. Which is actually bagi Aisha sendiri personally kita takkan dapat jawapan yang tepat. Setakat ini semua berlangsung baik.
Bagi Aisha sendiri mungkin sebagai seorang anak tapi juga sebagai seorang produk kepada label Aisha sendiri, I think to always have boundaries is very important.
Kalau Aisha ada beberapa show dalam sehari, habis show bila pulang ke rumah malam tu so we are back as a family. Kita betul-betul memang tutup buku tak ada dah kerja. So another day nanti siang macam masuk pejabat, we are work colleagues tapi we work as family unit also.
Masih ada masa untuk bersendiri, ‘me time’?
Me time so far if you want me to be honest tak ada sangat. Tetapi my kind of me time, my kind of definition of me time is very simple. I think to have very proper adequate sleep is just enough for me. Itu dah kira ‘me time’ yang memadai untuk Aisha.
Kebolehan Aisha bukan sahaja terhad kepada menyanyi, malah sebagai penulis lagu. Bakat mencipta lagu ini juga mendapat kepercayaan nama besar seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Siapa lagi yang berada dalam wishlist Aisha untuk dilihat melagukan karya Aisha?
Oh! Tak ada sebenarnya, tak terfikir lagi. Like whoever actually yang would love to collaborate, Aisha akan macam cakap sangat terbukalah hati untuk melaksanakan projek-projek yang perlu. But so far I would say kalau nafas-nafas baru pun mungkin girl groups I would say Dolla would be a lovely potential for me to collaborate with. Like I would love to try how do I write songs for girl groups or boy groups. Yeah I don’t know.
Atau mungkin menulis untuk legends I would say, I’m a big fan of Kak Liza Aziz. Mungkin juga beberapa nama besar lain seperti Jaclyn Victor atau Noryn Aziz. InsyaAllah kalau ada rezeki kita bolehlah cuba that approach.
Dalam penulisan lagu, genre mana yang menjadi forte?
Setakat ini permintaan yang diterima banyak yang lebih ke arah lagu tradisional. Tapi kalau untuk Aisha sendiri sebenarnya very towards ballad and R&B kind of writer. Kalau boleh dikatakan ke arah situ.

Punya perancangan mahu serius mengembangkan kerjaya di luar Malaysia, mungkin Indonesia memandangkan pendengar di sana sudah mula mengenali Aisha.
Setakat ini belum ada concrete planning memandangkan tahun 2026 ini sangat sibuk, belum sempat memikirkan apa yang mahu kami fokus di tahun hadpan. Tetapi niat tu of course ada untuk melebarkan lagi sayap ke sana.
Dan kolaborasi kali ini mungkin jalinan bersama penyanyi wanita Indonesia kan? Sebab sudah dua kali bersama artis lelaki yang hebat hebat belaka seperti Adi Govinda, selepas itu Nadhif Basalamah. Jadi Insya-Allah itu juga satu impian dan niat juga.
Semakin kita meningkat usia, kita akan mula discover sisi diri kita yang berbeza. Apa yang Aisha discover tentang diri hari ini yang mungkin tidak dijangka lima tahun dulu.
Oh wow. I think outside of work I think personality wise bit. I think I’m a bit more composed now. A bit more chill dan I hanya bersuara bila perlu. Dan sekarang Aisha dalam versi yang mahu memberi ruang untuk orang lain memberi pendapat.
Dari dulu I was very ambitious in a way macam – I want what I want, dan dulu I ada pemikiran yang I mampu buat semua benda. Tapi ada masanya kita manusia kita ada had kan. Jadi lama-lama I belajar life has boundaries dan kita ada batas kita.
Jadi mempunyai solid team family and friends dan orang-orang yang menyokong kita adalah sangat penting. Kita sendiri akan rasa lebih tenang dan chill. Itu juga satu pemangkin utama untuk kita maju ke depan dengan lebih baik.
‘Tak Adil’ dan beberapa lagu lain ditulis berdasarkan pengalaman Aisha sendiri, heartbroken dan bermacam emosi lagi. Ramai juga pencipta lagu berkata karya mereka lebih baik bila mereka heartbroken. Bagaimana mengimbangi di antara luahan perasaan atau satu exaggeration.
Bagi pendapat Aisha sendiri why not? Exaggeration in terms of real life story why not? Sebab in the end of the day kita bukan menjual cerita kita sangat pun. Kita menjual pengalaman yang orang semua rasakan apa yang kita rasakan juga. So the more you exaggerate the more you have the experience in life yang orang lain boleh sentuh dan rasa, itu lebih baik.
Sebagai penyanyi dan penulis lagu yang berjaya pada usia sebelum 30 tahun, apa yang Aisha harapkan perjalanan untuk pengkarya generasi akan datang lebih mudah?
Okey sebenarnya sistem dunia persada muzik Malaysia yang sedia ada sudah pun cukup baik for me personally. It’s just like my wish and my request moving forward adalah untuk kita menerima lagi muzik dari segi pelbagai genre dan pelbagai generasi.
Maksudnya daripada nafas-nafas baru darah-darah baru ni yang kita perlukan dalam industri. Mereka mungkin baru dan kurang pengalaman, tetapi idea mereka kadang-kadang lebih fresh dan lebih diversified.
Jadi, bersikap terbuka dalam menerima idea tanpa mengira usia atau generasi adalah sesuatu yang sangat baik untuk industri. Bagi Aisha, muzik adalah satu bentuk revolusi.
Bagi Aisha penting untuk kita sentiasa menerima idea dari pelbagai generasi. Ia akan membawa perubahan dalam industri kerana muzik akan terus bertukar mengikut trend.
Menerima pendapat orang baru dan juga memahami pendapat orang lama. Inilah toleransi yang perlu ada. And always share, jangan pernah kedekut ilmu.

Aisha mula dikenali menerusi pelbagai pertandingan seperti Vokal Mania dan Big Stage. Dan dalam beberapa tahun saja Aisha sudah sampai ke satu tahap yang boleh saya katakan cukup membanggakan. Aisha rasa jangka masa untuk sampai ke sini terlalu cepat atau ini yang Aisha jangkakan?
Saya percaya kepada perancangan yang sudah Allah susunkan untuk saya. Saya rasa perjalanan saya dari dulu mahu sampai ke tahap ini, just nice. Just just just enough. Alhamdulillah.
Ballad, etnik, r&b, pop rock, whats next yang Aisha nak explore?
Salah satu genre kesukaan saya ialah bossa nova dan jazz, tapi belum ada kesempatan untuk explore.
I rasa it will be such a fresh thing untuk kita reintroduce dalam industri muzik kita. Walaupun memang ada pengkarya sudah memperkenalkan genre sebegini, bagus untuk kita menyambung dan mengekalkan genre sebegini. I would love to actually try this kind of genres.
I think you can I think you would be perfect doing hip hop. I don’t know.
Oh that would be nice also kan hip-hop. Hip-hop yang ke arah campuran EDM, why not?
Ataupun R&B hip-hop, I don’t know.
Really? Yeah I think I would like to give it a shot Insya-Allah kan. Very nice very nice idea.

Ada sebarang perancangan yang besar untuk tahun 2027?
Hmm 2027, to me maybe menyentuh sikit kepada tema travelling. Maybe that will be in my in my in my booklet so far. Bucket list mahu travel, tapi travel for work. Let’s put it that way.
I love travelling while working. It’s just something that I think in our age or me myself I just love doing it. Ke mana-mana I pergi pun I still feel like I need to work. I I love working sambil bercuti, but not heavy works lah yang macam bearable. So I believe to travel around the world while doing your work is is gonna be a wonderful thing.
Cabaran Aisha hari ini ialah untuk konsisten. Ada sebarang formula atau strategi untuk memastikan nama Aisha terus berada di paras high-demand?
Bagi saya hal paling penting adalah sentiasa connect dengan orang yang menyokong kita. Dan sentiasa cari ruang dan peluang untuk jual produk kita secara konsisten.
Bila bercakap tentang produk tak semestinya lagu baru. Maybe in terms of your relevancy, your shows and then your collaboration with different brands, campaigns. Formula ringkas yang saya rasa semua orang dalam industri pun tahu, tapi jujurnya ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Apakah kekurangan diri yang sedang Aisha perbaiki sebagai seorang wanita, mungkin dari segi karakter atau pemikiran?
I think to be a woman. Yeah, menjadi seorang ‘wanita’. Saya kini berada di fasa yang memberi fokus kepada kerja, saya tidak mencari ruang bagaimana untuk menjadi wanita yang saya mahu.
I haven’t explored on how to be a woman, for instance kita ambil wanita yang ke arah ambang perkahwinan, how to be a woman yang ke arah situ. Sebab bila you dah ada niat untuk jadi wanita yang ke arah itu, I think we’re gonna be more different and more in-depth. The type of maturity tu akan lebih berbeza.
Menjadi wanita itu bergantung kepada kecenderungan kita yang mungkin berbeza-beza, mengikut perspektif masing-masing. Menjadi wanita yang mungkin mahu mendalami agama sebagai contoh. Mungkin mahu menjadi wanita yang lebih bijak dan mahir mengurus kehidupan.
So ya quote unquote to be a woman indeed is not easy. To be a woman who juggles her life with her career, anak-anak, banyak lagi.
Jadi yang boleh saya simpulkan hari ini Aisha sedang berjuang sebagai woman in music?
Yeah that’s nice. Saya hanya mahu menjadi wanita yang biasa, yang lebih matang dan lebih bijak dalam sebagai seorang wanita.
Falsafah hidup Aisha sebagai seorang wanita..
To always be reserved and composed is the best armor.
Okey I saja nak usik you, sebab setiap kali kita berjumpa, you akan bercakap tentang love life you… hahaha! Adakah you seorang yang tak boleh hidup tanpa cinta?
Hahaha… I tak mahu cakap yang love tu seperti aksesori. Of course love is important. Tapi dalam masa yang sama saya percaya pada aturan Allah. But, we’re just a woman who needs that tapi kita sendiri percaya semua perancangan-Nya.
Roda hidup terus berputar, kita akan lalui kitaran hidup berbeza-beza. Boleh jadi apa yang kita lalui boleh jadi pemangkin untuk I menulis lagu. To be mature again and again and again. Bagi saya ini semua satu proses yang indah.

Okey soalan terakhir I, tiga perkataan tepat menggambarkan you sebagai penyanyi dan penulis lagu?
Chaotic crazy and exploration.
Tiga perkataan mendefinisi you sebagai seorang wanita.
A sleeping beauty… haha. I will say that lah sebab I suka tidur.
Sorry, ada lagi satu soalan. Apa yang mahu dicapai sebelum usia 30 tahun?
Jika diizin Allah, saya mahu berkahwin. Dan semestinya saya mahu lebih kejayaan dalam kerjaya saya. Mahu punya konsert besar satu hari nanti. Mahu ada lebih banyak album. Tiada yang spesifik sebenarnya, saya tidak menetapkan mahu itu mahu ini. Cukup mencapai lebih dari apa yang saya miliki hari ini. To gain more and more from what I am today, Insya-Allah.
Arahan Seni & Penataan Gaya: Khairul Abidin, Fotografi: Edmund Lee, Hexa Productions, Rekaan Grafik: Tila, Pelajar Pelatih: Alya Rashidah, Solekan: KF Bong menggunakan CHANEL BEAUTY, Dandanan: Ckay Liow.
ARTIKEL BERAKIATAN: “Bermuzik Membuat Saya Rasa Lebih Powerful,” – Daiyan Trisha
