Dinobatkan sebagai juara di konsert akhir Gegar Vaganza 4, Aishah terima wang tunai bernilai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo dari Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.
Aishah yang bergelar juara mendapat markah sebanyak 81 peratus berbanding pesaing yang lain iaitu Liza Hanim dengan 79 peratus, Lan Solo 70.4 peratus, Hazami, 70 peratus, Firman Siagian 69 peratus, dan Tia Jinbara 66 peratus.
Menewaskan peserta lain, Aishah membawakan lagu All by Myself serta lagu Supergirls bersama Liza Hanim ketika segmen battle.
Dari barisan juri yang mengadili adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan adalah Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.
Aishah turut membawa pulang barangan kemas dari DSC Gold & Jewelry, baucer beli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan trofi.
Bahkan, Aishah juga memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza serta hadiah istimewa daripada Datuk Vida. Liza Hanim yang berada di tangga kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, tanah lot banglo dari Bina Megan Empire, pakej percutian ke Turki dari selamatbercuti.com, barangan kemas dari DSV Gold & Jewelry, baucer beli-belah bernilai RM5,000 daripada Go Shop serta trofi.
Pada malam itu, Liza mempersembahkan lagu Meniti Titian Usang serta Supergirls bersama Aishah untuk segmen battle. Tempat ketiga dimenangi oleh Lan Solo yang turut menerima wang tunai tetapi bernilai RM30,000, tanah lot, pakej percutian ke Boracay, barangan kemas, baucer beli-belah Go Shop bernilai RM4,000 serta trofi.\
Malam kemuncak konsert Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios.