Kontroversi melibatkan pelakon K-Drama, Seo Ye Ji semakin hari semakin hangat.
Beberapa hari lalu nama Seo Ye Ji menjadi topik perbualan dunia atas kontroversi dan tuduhan yang menimbulkan kemarahan peminat-peminatnya.
Segalanya bermula apabila bintang It’s Okay Not To Be Okay itu dikatakan mengongkong dan mengawal segala gerak-geri teman lelakinya, Kim Jung Hyun di set penggambaran drama Time pada 2018 disebabkan terlalu cemburu.
Satu laporan menyebut, Ye Ji akan mengkritik jika teman lelakinya itu berinteraksi atau menyentuh pelakon wanita.