Disebabkan itu, Jung Hyun mempamerkan kelakuan biadab terhadap pelakon gandingannya, Seohyun termasuk kru produksi.
Jung Hyun dikatakan telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak profesional terhadap pihak produksi, malah sering meminta agar skrip lakonannya diubah dan tidak dimasukkan adegan-adegan romantis yang melibatkan sentuhan fizikal atas desakan Ye Ji.
Setelah berita itu tersebar, wakil agensi pengurusan pelakon ini tampil membuat penafian namun Jung Hyun pula mengambil tindakan sebaliknya dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.