Dan baru-baru ini, tersebar pula kontroversi lain di mana Ye Ji dikatakan pernah mengancam bekas pekerja agensi pengurusannya termasuk membuli secara lisan dan berkelakuan tidak sopan.
Menerusi pendedahan tersebut, Ye Ji dilaporkan menjerit ke arah kakitangan atas kesalahan kecil, meniup asap rokok ke wajah mereka, juga memeriksa telefon bimbit untuk memastikan mereka tidak merakam perlakuan buruknya.
Selain itu, beberapa tahun sebelum namanya menjadi popular, seorang wanita mendedahkan pernah menjadi mangsa buli Ye Ji di sekolah suatu ketika dulu.