Untuk seseorang penyanyi bergerak konsisten dalam bidang muzik itu pastinya berbekal kesungguhan dan kerja keras. 25 Tahun bergelar penyanyi yang dikagumi penggemar tidak hanya di negara asalnya Indonesia, Sri Rossa Roslaina atau lebih cukup dikenali dengan nama Rossa, mendominasi pasaran muzik Pop nusantara. Hafizan Mohd duduk berbicara bersama Datuk Seri Rossa.
Kuala Lumpur sudah ibarat rumah kedua, terbangnya dia kali ini dalam rangka mempromosi album terbarunya “Another Journey: The Beginning” juga konsert dua hari yang berlangsung dua hari pada 13 dan 14 Julai nanti. Rossa seperti mana yang biasa kita lihat di skrin – manis dan penuh senyuman begitu jugalah dia di dunia luar.
“Bila sampai Kuala Lumpur? Soal saya membuka bicara. “Oh aku kelmarin sampai, kemudian tadi malam kan aku di Big Stage menjadi juri.” Membuka bicara dengan cukupramah dan terbuka dalam menjawab apa jua persoalan, EH! menyelisik ruang personal Rossa tentang karier muzik dan keperibadiannya.
25 Tahun dalam bidang seni suara, perjalanan yang panjang ini sebetulnya sukar atau tidak sebenarnya buat Rossa lalui?
Perjalanan yang dipermudahkan. Tidak terlalu susah dan tak juga senang – Ada kerja keras dan usaha. Semuanya ada cerita yang tersendiri. Perjalanan yang membahagiakan juga kerana banyak hal yang dicita-citakan sudah tercapai.
Jadi kekuatan untuk kekal selama lebih dua dekad inidatang dari mana?
Team work orang-orang yang banyak membantu sebenarnya. Ramai yang pada awal kenal kerana tugasan tapi kerana sudahlama bekerjasama sehingga hari sudah jadi teman yang menyokong dan terus menjadi kekuatan. Selain itu apa ya? Keluarga semestinya dan fans juga. Kalau jadi penyanyi tiada fans itu kan tak boleh juga. Jadi orang-orang ini yang menjadi support system untuk aku terus menyanyi sampai hari ini.
Pernah rasa penat atau putus asa?
Itu yang membingungkan kerana pabila ada saat yang memaksa aku untuk berfikir harus lakukan apa lagi dalammeneruskan kerjaya sebagai penyanyi, aku akan jadi bingung dan lelah. Sebab menyanyi sudah lama jadi harus fikir bagaimana mahu berinovasi. Harus sentiasa fikirkan untuk buat apa lagi selepas ini supaya ideanya fresh. Kadang-kadang ada masa yang buat aku fikir, ah sudahlah – tapi masih harus diteruskan juga.
Jadi apa yang membuatkan Rossa mahu teruskan?
Kerana aku tahu perasaan itu hanya perasaan sementara sahaja. It’s a temporary feelings yang pastinya akan dirasi semua orang. Tapi deep down aku tahu I love my job, I love what I’m doing. Aku suka kerja keras and I know I never wanted to stop. Jadi selelah apa pun aku masih mahu teruskan juga.
Jadi sehingga hari ini Rossa sudah puas?
Lebih kepada bersyukur kerana kalau puas kita sebagaimanusia itu tak pernah rasa cukup kan. Jadi sebetulnya aku bersyukur dengan apa yang sudah ada sampai hari ini. Aku harus merasa bahawa apa pun aku lakukan itu sudahdikerjakan dengan sebaiknya. I always do my best in whatever I’m doing, and I’ll be happy if I know that I did my best.
Pudar diedarkan lebih 20 tahun lalu membawa nama Rossa booming di Indonesia juga Malaysia. Pernah terfikir atau tidak, peminat masih mahu menyokong sehingga hari ini?
Itu hal yang begitu menggembirakan. Pudar sudah berganti generasi – ada yang dulu mendengarnya masih belum kahwin terus bila sudah punya anak diperdengarkan pula pada anak-anak. Kalau di Indonesia aku selalu menyanyi di satu acara dipanggil Pekan Seni yang diadakan di sekolah-sekolah di Jakarta. Jadi kalau di acara itu yang sama-sama menyanyikan Pudar itu bukan sahaja yang sudah mendengarkannya pertama kali 20 tahun dulu tapi juga anak-anak zaman sekarang. I was surprised at first tapi melihat hayat panjang lagu itu berganti generasi tanpa putus itu hal yang membahagiakan.
Sebagai public figure pasti tidak akan terlepas ceritakurang senang. How do you handle the situation?
Sedih itu pasti kan, tapi kalau bergelar selebriti memang sudah asam garamnya begitu. Aku percaya hal-hal seperti itu bukan hal yang harus difikirkan pada saat ia diperkatakan. Biasanya aku akan diamkan saja sehingga masalahnya sudah semakin dilupakan then only you know how to act. Sama ada mendiamkan terus atau harus bertindak melakukan sesuatu.
Rossa jika di Indonesia cukup aktif sebagai juri program berbentuk pertandingan nyanyian. Karakter yang cukup manis itu sememangnya sudah dibentuk produksi atau memang itu Rossa yang sebenar?
Oh itu aku yang sebenar (sambal tertawa). Aku percaya kalau kita berikan input tentang kelebihan mereka itu seperti apa, mereka akan lebih jelas dengan kritik yang akan diberi. Jadi bila saat aku harus berikan komen yang lebih ke arah kekurangan mereka sudah boleh menerima. Menurut aku begitulah, we treat people how we want to be treat.
“Ada lagu yang bagus tapi belum tentu ia cocok. Ada juga lagu yang kedengaran biasa tetapi pabila dinyanyikan jadi lebih bagus. Sometimes you can’t tell but you know.”
Kalau ada bakat-bakat muda ini datang pada Rossa dan meminta nasihat, selalu apa yang dititip sebagai pesan?
Apa yang paling penting adalah perjalanan selepaspertandingan. Bagaimana untuk survive dalam bidang muzik it’s not an easy job. Harus selalu konsisten dan jangan putus asa itu yang paling penting.
Dalam perbualan kami tentang bakat-bakat baru di Indonesia, sempat Rossa bercerita tentang rasa bangganya melihat bakat muda bernama Putri Ariani yang melangkah yakin untuk kepentas America’s Got Talent. Tambah Rossa kesungguhan Putri dalam mengejar cita-citanya sebagai penyanyi juga pemuzik itu sangat dia kagumi dan harus dicontohi lebih ramai lagi anak muda yang menanam cita-cita yang sama.
Saat ke Kuala Lumpur dalam rencana mempromosi konsert juga album terbarunya “Another Journey – The Beginning” – Rossa turut berkongsi keterbukaannya dalam menyanyikan. lagu-lagu daripada komposer baru. Sebagai penyanyi yang sudah lama berkarier dalam bidang ini cabaran terbesarbaginya adalah untuk hadirkan sesuatu yang segar. Jadi kerjasama dengan komposer serta produser muda satudaripada caranya. Hasil dariapda itu, single “Lupakan Cinta” ciptaan Mahalini dan Martinus Layardo itu berjayameneruskan kelangsungan bermuziknya untuk dia kekal relevan.
Bercerita tentang pembikinan album, apa perkara pertama yang Rossa titikberatkan dalam pemilihan lagu?
Melodinya harus ada hook saat pertama kali aku mendengar. Tapi paling penting lagu itu harus ada kesesuaian dengan aku. Ada lagu yang bagus tapi belum tentu ia cocok. Ada juga lagu yang kedengaran biasa tetapi pabila dinyanyikan jadi lebih bagus. Sometimes you can’t tell but you know. Selain itu aku sering berbincang dengan team untuk dapatkan second opinion.
Lirik sendiri bagaimana? Rossa ambil penting atau sekadar menyanyikan sahaja apa yang ditulis?
Penulisan lirik penting bagi aku kerana aku tidak suka lirik-lirik merintih yang terlalu meminta dikasihani. Meskipun lagunya sedih, buat aku liriknya harus tetap strong. Contohnya “Aku Bukan Untukmu” meskipun ia tentang penyesalan tetapi wanita yang digambarkan itu tetap seorang yang kuat menerima takdir jika lelaki yang dia cintai itu sememangnya bukan untuk dia. Sama juga di lagu terbaru aku “Lupakan Cinta” yang mahu memberi pesan keluar daripada hubungan toksik dan beri ruang untuk lebih menyayangi diri sendiri.
“Another Journey” itu sendiri tentang apa?
Sebuah album yang diibaratkan seperti diari aku sepanjang pandemik. Ada cerita tentang kehilangan, kepergian sahabat, kedatangan orang baru yang akhirnya menjadi sebahagian daripada hidup kita. Ada lagu tentang wanita juga yang aku dedikasikan untuk wanita-wanita hebat dalam hidup. It’s an album of hope juga kalau boleh aku sifatkan.
Bergelar selebriti lebih dua dekad itu sudah boleh membuatkan Rossa menjadi diri sendiri atau masih ada yang terbatas?
Aku sebetulnya dari dulu memang bebas untuk menjadi diri sendiri. Tidak ada control – harus begitu atau begini. Selagi tidak melangkaui batas aku bebas melakukan apa pun. Kalau on camera juga begitu off camera juga begitulah aku. I think that is what people like about me – being real.
Ada impian yang masih tertunda?
Masih banyak. Antaranya mahu expanding my company. Thanks to pandemic too. This company we build in such crucial time, fokus kepada content digital. Di saat bingung apa aku masih boleh menyanyi atau tidak jadi otak itu sudah berfikir macam-macam dan aku harus mulakan sesuatu as a backup plan. Jadi sekarang bila semuanya okey, aku mahu melihat this small company we build menjadi satu empire one day.
Untuk seorang established artist, Rossa sudah boleh berehat-rehat dan have slow living kan. Tetapi mengapa masih mahu bekerja keras?
Aku sukakan hard work. Kalau duduk saja nanti jadi sakit (sambil tertawa). Otak itu selalu harus berfikir. Me and my team think very hard how to survive. Kalau contohnya sekarang kita sudah tahu untuk tiga bulan mendatang harus apa dan begitulah untuk seterusnya. Harus sentiasa ada kerja
Apa lagi yang boleh dijangkakan oleh peminat masa mendatang?
A documentary about my 25 years musical journey. Sebuah filem yang menceritakan kurang lebih tentang perjalanan karier aku sebagai penyanyi. Apa yang menarik penceritaannya itu aku olah based on the song yang pernah aku rakam sebelum ini. It’s a very exciting project and I can’t wait to share this with my fans.
“Mungkin kadang orangnya tepat masanya tidak dan masanya tepat orangnya tidak lagi.”
Maaf kalau saya harus bertanya tentang hal peribadi. Setelah perceraian bersama Yoyo pada tahun 2009, sebagai wanita yang harus membesarkan anak bujang lelaki sendiri itu tidak mengundang sunyi?
Sunyi itu mungkin tidak kerana aku kan sering dikelilingi family, my team dan teman-teman juga. Kerja juga setiap hari kan, jadi ruang untuk berasa sunyi itu mungkin tidak terlalu ada. Rizky (anak) selalu ada untuk menemani aku. He is such a good listener to me. Kalau dia lihat ibunya sedih dia akan datang dan mendengar jadi untuk aku merasa sunyi itu tidaklah.
Tidak merasa untuk bercinta atau menikah lagi?
Kalau pacaran ada pastinya cuma aku tidak pernah memberitahu siapa namanya pada umum. Itu untuk menjaga privasi dia juga aku kan. Jadi kalau berpacaran itu aku masih ada cuma kalau untuk menikah lagi aku masih belum menemukan yang terbaik.
Yang terbaik itu macam mana?
(Sambil tertawa besar) Kan… susah banget itu jalan apa yang terbaik. Kerana kadang kalau checklist sudah all tick juga pun masih ada yang kurang. Mungkin kadang orangnya tepat masanya tidak dan masanya tepat orangnya tidak lagi. Jadi buat sementara ini aku jalani saja apa yang ada tanpa perlu terlalu memikirkan ke arah itu. Tapi aku terbuka kalau harus untuk menikah lagi.
Rossa senang berbicara tentang keinginannya untuk membesarkan syarikat Inspire Music yang mahu dilihat sebagai sebuah hub hiburan. Perjalanan yang lebih mencabar pasti mendatang tetapi baginya itu sesuatu yang sentiasa mahu lakukan. Terbuka dalam mempelajari hal baru dalam bidang hiburan dan melakukan sesuatu yang di luar ruang selesanya. “The goal is to make it successful” bicaranya menutup perbualan kami.
BACA: “Perbezaan Itu Yang Membuat Kami Saling Melengkapi,”- Janna Nick