Berita percintaan salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Jisoo menjadi perbualan hangat peminat K-Pop minggu lalu.
Apa tidaknya, setelah mengumumkan tidak pernah mempunyai teman lelaki, peminat tentunya teruja ingin mengetahui siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati Jisoo.
Nama yang disebut-sebut tidak lain tidak bukan adalah pemain bola sepak Korea, Son Heung Min yang pernah dikaitkan dengan penyanyi itu dua tahun lalu.
