Menerusi satu kenyataan daripada agensi pengurusannya, JYP Entertainment, Jeongyeon membuat keputusan itu demi memulihkan kesihatan mentalnya selepas mendapat nasihat daripada pakar perubatan.
Walaupun sebelum ini penyanyi itu mengikuti jadual yang ditetapkan dan mengambil langkah memulihkan kesihatan mental dalam masa sama, pihak agensi bersetuju untuk memberi rehat panjang agar dia segera kembali pulih.
Ini bukanlah kali pertama dia membuat keputusan untuk berehat daripada industri muzik. Oktober tahun lalu, Jeongyeon mengambil keputusan yang sama setelah mengalami keresahan melampau dan disk melejit di bahagian tengkuk. Dia membuat kemunculan semula tiga bulan kemudian menerusi Anugerah Muzik Seoul Ke-30 yang berlangsung pada Januari 2021.