Jun lalu dia memberitahu perlu menurunkan hampir sepuluh kilogram berat badan demi pelancaran semula album mini Taste Of Love, menambahkan lagi bebanan pada kesihatannya yang sememangnya sudah merosot.
Pada 2019, salah seorang ahli kumpulannya, Mina turut didiagnos menghidap masalah kesihatan mental dan bergelut dengan keresahan melampau di atas pentas.
Dia kemudian mengambil keputusan untuk berehat panjang dan mendapatkan rawatan daripada pakar.