Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
[soliloquy id="92857"]
Alan Rickman yang terkenal melalui wataknya di dalam filem bersiri Harry Potter sebagai Profesor Snape dilaporkan meninggal dunia pada usia 69 tahun. Alan menghembuskan nafas terakhir dengan dikelilingi ahli keluarga dan sahabatnya.
Alan disahkan menghidap kanser dan bertarung dengan penyakit pembunuh no.1 dunia ini tidak begitu lama. Aktor dari British ini juga bukan hanya pernah membintangi filem Harry Potter, malah juga pernah memainkan watak di dalam filem Die Hard, Robin Hood: Prince of Thieves, Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, Truly Madly Deeply dan Love, Actually.
Krew dan pelakon filem dari filem-filem yang pernah mendiang bekerja bersama adalah antara individu yang memberi penghormatan kepada aktor ini.
Daniel Radcliffe atau lebih dikenali sebagai watak Harry Potter berkata “Dia merupakan seorang aktor yang terbaik saya pernah bekerja bersama. Dia juga seorang yang setia dan suka memberikan sokongan.”
Penulis buku Harry Potter, JK Rowling pula berkata “Tiada apa yang boleh diungkapkan bagaimana terkejut dan berdukanya saya setelah mendengar akan pemergian Alan Rickman. Dia seorang pelakon yang hebat dan seorang lelaki yang dihormati.”
“Semua orang menyayangi Alan. Dia seorang yang sentiasa ceria, sangat kreatif dan sangat-sangat lucu,” kata Michael Gambon yang memainkan watak Dumbledore.