Aktor kelahiran Kanada, Keanu Reeves dan barisan filem aksinya telah memberi inspirasi kepada jutaan orang — termasuk para penyelidik dari Jerman.
Institut Leibniz untuk Penyelidikan Produk Asli dan Biologi Jangkitan telah mencipta sejenis racun kulat yang mampu membunuh dengan amat berkesan lalu menamakannya ‘keanumycins’, sempena nama Keanu.
“Lipopeptida membunuh dengan cekap sehingga kami menamakannya sempena nama Keanu Reeves, kerana dia juga ‘amat membunuh’ dalam filem-filem lakonannya,” kata penyelidik Institut Leibniz, Sebastian Götze.