Keanu ditanya mengenai perkara itu oleh seorang peminat menerusi bebenang Ask Me Anything di Reddit, laman yang digunakan Keenu untuk mempromosi filem terbarunya, John Wick: Chapter 4.
“Penyelidik dari Jerman menemui sebatian yang dihasilkan secara semula jadi oleh beberapa jenis bakteria yang sangat berkesan untuk membunuh kulat, dan mereka menamakannya sempena nama anda: Keanumycins. Apa pendapat anda tentang perkara itu?”
Aktor berusia 59 tahun itu meluahkan penghargaannya secara ringkas berserta cadangan, “Mereka sepatutnya menamakannya John Wick… Apa pun ini agak hebat dan bagaikan mimpi buat saya. Terima kasih para penyelidik! Semoga berjaya, dan terima kasih kerana membantu kami.”