Hairul Azreen Mahu Beri Lebih Tumpuan Pada Keluarga
Pelakon Paskal itu menambah, dia sudah puas dengan apa yang telah dikecapi dalam bidang lakonan. Selain memberi fokus pada perniagaan, sudah tiba masa dia meluangkan lebih masa bersama keluarga termasuk ibu bapa. Dia juga mahu melihat anak-anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah membesar di depan mata.
“Ada orang tidak sempat jenguk ibu bapa kerana sibuk bekerja. Alhamdulillah, emak saya masih ada. Bila berlakon saya akan fokus pada satu watak, bina badan selama enam bulan dan sebagainya. Bila habis filem, saya tengok anak-anak sudah pun besar,” ujarnya.

Walaupun tidak lagi berlakon, Hairul Azreen berkata dia dan isterinya yang merupakan bekas pelakon dan pempengaruh, Hanis Zalikha akan terus aktif di media sosial. “Saya hanya berundur dari bidang lakonan, tetapi peminat masih boleh mengikuti perkembangan kami di media sosial menerusi Instagram dan TikTok.”