Di Korea, trend trak kopi sangat popular dan sering digunakan untuk menghantar mesej serta menceriakan insan tersayang. Namun ia juga digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati atau kebencian terhadap seseorang.
Beberapa hari lalu, kelab peminat terbesar pelakon Vagabond itu iaitu Lee Seung Gi Gallery menghantar trak kopi tanda protes dan menentang perhubungannya dengan Da In.
Mereka turut menyampaikan mesej menerusi paparan LED pada sebuah trak yang dipandu mengelilingi kota dan diparkir berdekatan kediaman Seung Gi.