Jadi apa alasan peminat berbuat demikian? Seperti yang didedahkan media, bapa tiri Da In iaitu Lee Hong Heon mempunyai sejarah jenayah dan pernah dipenjara kerana memanipulasi harga saham pada 2009 dan 2018 sehingga berjaya mengaut keuntungan melebihi RM8 juta.
Disebabkan manipulasi tersebut, banyak keluarga diisytiharkan muflis dan ramai antara mereka memilih untuk meragut nyawa sendiri.
Lebih memburukkan keadaan, Hong Heon mahupun ibu Da In yang juga merupakan pelakon, Kyeon Mi Ri langsung tidak membuat permohonan maaf mengenai situasi tersebut. Mereka sebaliknya berlakon sebagai mangsa keadaan dan turut menfailkan saman terhadap mangsa sebenar.
Foto: Scmp
Baca: Dalam Diam Jennie Blackpink Dan G-Dragon Sedang Hangat Bercinta?