Baru-baru ini Putera Harry dijemput menjadi salah seorang tetamu podcast Dax Shepard, Armchair Expert.
Menerusi temu bual bersama pelakon itu, Harry akhirnya mendedahkan punca utama dia berundur daripada kehidupan Diraja dan meninggalkan Britain.
Dedah Duke of Sussex, dia memutuskan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat demi menghentikan kitaran ‘penderitaan dan kesakitan genetik’ yang telah lama wujud dalam keluarganya.
Dia percaya bahawa bapanya, Putera Charles tanpa sengaja membesarkannya dengan cara yang sama dia dibesarkan sewaktu kecil oleh mendiang Putera Philip dan Ratu Elizabeth II.