Tambah Harry, semakin dia membesar, dia mula nampak persamaan antara kehidupannya dan kehidupan bapanya.
“Saya tidak pernah melihatnya atau mengetahuinya sebelum ini. Namun tiba-tiba saya mula dapat mencantumkan cebisan-cebisan kehidupannya, ‘Okey, bapa saya belajar di sekolah ini. Ini apa yang terjadi. Saya tahu sedikit sebanyak tentang kehidupannya. Saya juga tahu ia berkaitan dengan ibu bapanya. Jadi ini bermakna dia melayan saya sebagaimana dia dilayan, justeru bagaimana saya boleh mengubahnya untuk anak-anak saya?’” katanya.
“Dan ya, akhirnya saya berada sini. Saya telah membawa keluarga berhijrah ke Amerika Syarikat, tetapi itu bukanlah rancangannya. Namun kadangkala anda perlu membuat keputusan dan meletakkan keluarga dan kesihatan mental anda sebagai keutamaan.”