Dia turut berterima kasih kepada isterinya, Meghan Markle kerana menggalakannya menghadiri sesi terapi untuk menghapuskan trauma dan kekecewaan yang telah lama memberi kesan terhadap dirinya.
“Sebaik sahaja saya memulakan sesi terapi, ia terasa seperti gelembung itu telah pecah. Saya terfikir, ‘Anda telah mendapat keistimewaan ini, berhenti merungut dan berhenti berfikir bahawa anda mahukan sesuatu yang berbeza – terima perbezaan ini kerana anda tidak mempunyai jalan keluar.
‘Bagaimana anda mahu melakukan perkara-perkara ini dengan cara berbeza? Saya mahu membuatkan ibu saya berasa bangga dan menggunakan platform ini untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.’”
Foto: Samir Hussein/Getty Images
Baca: Pekerjaan Pertama Putera Harry Sejak Meninggalkan Istana Buckingham