Penyanyi dan penerbit berdarah Mexico-Amerika ini telah lama berjanji kepada peminat untuk mengeluarkan album berbahasa Sepanyol. Namun Revelación sekadar mini album dan memuatkan hanya tujuh lagu.
“Saya rasa ramai peminat di luar sana yang menggemari muzik saya. Disebabkan itu saya sangat bersyukur dan terus berkarya, namun saya rasa album seterusnya akan berbeza. Saya mahu mencuba sekali lagi sebelum bersara dari bidang muzik,” ujarnya.
Namun Gomez memberi reaksi wajah tidak pasti apabila ditanya mengenai hal ini sekali lagi di akhir temu ramah.
“Saya perlu berhati-hati,” katanya yang turut menjelaskan dia mahu meluangkan lebih masa menjadi penerbit dan pelakon.
Gomez sebelum ini pernah bergelar penerbit eksekutif untuk dua siri Netflix, 13 Reasons Why dan Living Undocumented. Dia kini sedang sibuk dengan penggambaran siri komedi berjudul Only Murders in the Building di samping Steve Martin dan Martin Short.
Foto: Mert Alas & Marcus Piggott/Vogue
Baca: Selena Gomez Muncul Dengan Lagu Bahasa Sepanyol, De Una Vez