“Saya ingin menjelaskan kepadanya menerusi album ini, apabila usianya menginjak 20 atau 30 tahun, siapa diri saya dan mengapa saya memilih untuk ‘memusnahkan’ kehidupannya demi mengejar kebahagiaan sendiri.
“Ada kalanya saya membuatkan dia berasa tidak gembira. Itu adalah luka paling dalam bagi saya dan saya tidak tahu adakah ia akan sembuh satu hari nanti,” jelasnya mengenai kekecewaan yang dilalui Angelo kepada Vogue.
Tambahnya, 30 dipilih sebagai simbol usianya ketika mengahwini ketua pegawai eksekutif kebajikan itu. Lebih tepat lagi, usia di mana seluruh kehidupannya hancur berkecai.