Namun jelas Adele, perceraian mereka bukanlah atas dasar perhubungan yang bermasalah mahupun kehadiran orang ketiga.
“Kami tidak menyakiti satu sama lain, atau melakukan perkara seperti itu. Saya hanya mahu Angelo melihat bahawa diri saya disayangi dan menyayangi. Ia sangat penting buat saya.”
Adele dan Simon mula menjalin hubungan cinta pada 2011 sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 2018. Malangnya, mereka bercerai setahun kemudian.
Dia kini menjalin hubungan dengan Rich Paul, ejen sukan terkenal serta pengasas dan ketua pegawai eksekutif Klutch Sports Group, agensi yang mewakili LeBron James dan pemain NBA popular lain.