“Sejujurnya, adakah anda terganggu apabila mendapat tahu dia kembali ke pangkuan Ben Affleck hanya selepas beberapa hari kalian berpisah? Dan dia akhirnya mengahwini Ben, bukannya anda?” tanya Chris.
Alex tanpa rasa ragu menjawab, “Dengan Jennifer, ia adalah satu pengalaman yang baik. Dan saya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak-anaknya yang bijak, cantik dan luar biasa. Itu sahaja.”
Alex dan Jennifer mula menjalin hubungan cinta pada 2017 sebelum mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian.