Dengan 64.4 juta pengikut di Instagram, Alia bukan sahaja diikuti oleh peminat tegar dari seluruh dunia tetapi juga jenama kecantikan dan perniagaan antarabangsa.
Beberapa minggu kebelakangan ini akaun Instagram pelakon berusia 29 tahun itu menjadi tumpuan peminat setelah dia mengumumkan perkahwinan dengan Ranbir Kapoor dan berkongsi momen istimewa mereka sebagai suami isteri.
Malah butiran persalinan, solekan dan dandanannya turut dibincangkan secara meluas di media sosial sehinggakan gincu yang dipakainya di hari perkahwinan habis terjual di beberapa butik kecantikan termasuk laman beli-belah atas talian di India – membuktikan betapa besarnya pengaruh bintang itu dalam industri hiburan Bollywood.
Foto: FilmFare/Getty Images