Tiga tahun Sherry Alhadad dan Haziq Hussni mengacarakan program Muzik-Muzik, dan kini tiba masa untuk mereka mengundurkan diri.
Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi Muzik-Muzik selepas siaran langsung program tersebut malam Isnin lalu. Tempat Sherry dan Haziq sebagai pengacara kini digantikan oleh Alif Satar dan Daiyan Trisha.
“Jutaan terima kasih kepada kedua pengacara hebat Sherry Alhadad dan Haziq Hot FM yang telah menjayakan program Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL) selama ini dengan begitu cemerlang dan hebat sekali,” tulis pengendali akaun tersebut.
Haziq dan Sherry turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan pleh peminat sepanjang mengendalikan program tersebut.
“Sherry Haziq signing off, welcome @alifsattar and @daiyantrisha,” tulis Sherry di Instagram. Haziq turut memuat naik satu hantaran dengan mesej serupa.